Labels: merapu.com
Ku tujukan cerpen ni tuk bonda kesayanganku… hehehe makkkk…
Calon pilihan mak mcmni ker?? Makk.. mak…
"Habis bila lagi?", tanya mak untuk sekian kalinya tentang
K.A.H.W.I.N. Setiap kali mak telefon aku, mesti topik semasa ini
akan terpacul dari mulut mak.
"Belum ada jodoh mak", jawab aku seperti selalunya.
"Itu sajelah jawap kau. Hah, mak pegang janji kau kelmarin Juliana,
suruh mak carikan jodoh. Mak telefon ni pun nak bagi tahu kau yang
mak dah dapat calonnya", suara mak lembut tapi tegas.
Aku senyum. Teringat masa aku balik kampung lima hari yang lepas.
Masa itu kerana nak sedapkan hati mak aku suruh mak carikan saja
calon suamiku. Tidak aku sangka begitu cepat mak "bertindak".
"Siapa mak?", aku "action" terperanjat.
"Anak buah Makcik Jah kaualah Makcik Jah yang tinggal dekat hujung
kampung tu, tak kan kau tak kenal", jawab mak terkocoh.
"Budak mana mak?", tanya aku lagi.
"Budak kampung ulu, tapi sekarang ni kerja kat bandar, jadi
inspektor polis, Ezman namanya", mak bercerita. Aku hanya diam tidak
menjawap.
"Mak nak minta izin kau ni nak kasi dia nombor telefon kau ni",
suara mak lembut seakan memujuk.
"Nantilah dulu makbiar Juliana fikirkan dulu..", aku berlembut juga.
"Hah itulah kauMacam mana pun kau ambillah nombor telefon dengan
alamat dia niManalah tahu esok,esok terserempak ke kat bandar tu"
Aku patuh cakap mak. Aku coretkan nombor telefon dan alamat budak
Ezman tu. Sebelum letak telefon, mak pujuk aku lagi dan sekaligus
mengingatkan akan umur aku dah tak berapa muda ni.
Ada benarnya cakap mak. Aku bukan muda lagi. Dah dua-puluh lapan
tahun. Rasanya kawan-kawan sebaya aku dah ada yang beranak-pinak.
Bukan aku tidak mahu kahwin, tapi entahlah, agaknya aku dah serik
dengan pengalaman cinta pertamaku dulu. Mana tidaknya bayangkan aku
berkawan dengan Shah hampir lima tahun, tup-tup dia minta berpisah
kerana nak lanjutkan pelajaran ke luar negara. Aku bukan orang
yang "selfish", sebab itulah walau pun berat, aku lepaskan Shah
pergi. Lagipun aku berpegang pada prinsip hidupku dulu - "If you
love something, let it free. If it comes back to you, it's yours
forever". Shah tak pernah balik padaku. Dan yang lebih menyakitkan
hati, dia tidak pun belajar ke luar negeri seperti yang dia gembar-
gemburkan.
"HOI", satu tampahan singgah ke bahu ku.
"Oh mak", latahku terperanjat. Aku toleh dan melihat Maria, rakan
serumahku tersengeh.
"Beranganlah tu", serkap Maria.
"Berangan kau kataNi hahmak aku dah dapat calon untuk aku", aku
tunjukkan coretan di tanganku pada Maria.
"Baguslah tu. Eh budak mana hah? Kerja apa? "Handsome" tak?", laju
soalan Maria.
"Oi banyaknya soalan kau..", kataku dan Maria hanya tersengeh.
"Nama dia Ezman, inspektor polis. Tinggal kat bandar ni
jugak. "Handsome" ke tak aku tak tahu. Belum jumpa", jawabku, selaju
pertanyaan Maria tadi.
"Abang polis? Oi ni mesti tinggi lampai macam A C Mizal ni"
Aku hanya tersenyum melihat gelagat Maria. Aku renung kertas di
tanganku, mecongak-congak apa langkah aku seterusnya. Yes, I've got
an idea, bisikku sendiri.
"Kau free tak?", tanya aku tiba-tiba pada Maria.
"Sekarang? Kenapa?", tanya Maria balik.
"Yalah sekarang..takkan besok"
"Aku ingat hari-hari cuti ni aku nak rest aje kat rumah", Maria
mengeliatkan badan.
Aku hanya berenung Maria yang tiga tahun lebih muda dari aku ni.
Macam aku, Maria pun belum berpunya. Sebab itulah aku boleh "klik"
dengan dia.
"Jom ikut aku", aku bangun mencapai kunci kereta dan menarik tangan
Maria.
Maria yang kehairanan itu hanya membuntuti aku tanpa banyak bicara.
Hanya bila sudah berada dalam kereta dia bertanya hendak kemana. Aku
hanya senyum.
"Wait and see", kataku lagi.
"Kita kat mana ni", tanya Maria bila aku memberhentikan kereta di
tepi simpang tiga.
"23, Jalan Mengkudu", aku menghulurkan kertas yang tercatit alamat
Ezman.
"Kau biar betul Ju", katanya terperanjat. "Yang mana satu rumahnya?"
"Tu hah yang depan kita betul-betul tuTapi yang mana satu dia ya?",
tanyaku sendiri.
Dari tempat kami berada, terlihat jelas scenario rumah Ezman.
Kelihatan seorang lelaki bertubuh kecil dan berkaca mata sedang
mencuci sebuah kereta kancil. Seorang lagi sedang terbongkok-bongkok
di tepi pagar menghadap motor besarnya, jenis apa aku tak pasti.
Handsome jugak mamat ni, detik hati aku. Yang seorang lagi tu,
sedang membaca suratkabar sambil duduk menyandar di atas bangku
kayu. Sebahagian tubuh dan mukanya di lindungi suratkabar.
"Hehyang mana satu hah?", tanya Maria. "Kalau yang depan motor tu
oklah, kalau yang dengan kancil tu..hehe bagi kat aku pun aku tak
nak", lawak Maria.
Aku ketawa juga mendengar celoteh Maria.
"Kalau nak tahu, keluarlah tanya..", cabarku.
"Gila kau eh tak kuasa aku pergi bertanya pasal calon suami kau tu"
Aku senyum lagi. Kereta ku gerakkan perlahan menuju ke rumah itu.
"Kau biar benar Ju, apa yang kau nak buat ni?"
"Watch me", kataku pendek sambil mengenakan sun-glassesku.
Aku berhentikan kereta betul-betul di tepi pagar rumah Ezman.
Melihat aku keluar kereta, Maria pun mengikut. Lelaki yang di tepi
pagar tu merenung ke arah kami.
"Assalamualaikum bang", aku menghulur salam.
Lelaki di tepi pagar itu, menyambut salamku dengan senyuman di
bibir. Biasalah, lelaki kalau nampak perempuan, detik hatiku.
"Boleh tumpang tanya sikit", aku berpura.
"Banyak pun boleh", katanya sambil tersengeh. Makin
jelas "kehensemman"nya.
"Sebenarnya saya cari rumah kawan, no 52, Jalan Mengkudu", bohongku.
"Nombor lima puluh dua.", katanya sambil mengaru kepala yang tak
gatal.
"Eh Halim, kau tahu nombor 52 kat mana tak?", tanyanya pada
lelaki "kancil" tu.
"Entah", jawab si Halim.
"Cuba tanya Ezman tu", usulnya pula.
Hatiku berlonjak bila dia menyebut nama Ezman, sekurang-kurangnya
aku capai matlamat aku nak tengok muka Ezman.
"Eh Man, nombor 52 kat mana hah?", tanyanya pula pada Ezman.
Mataku tertumpu pada pemuda yang memegang suratkabar. Yesthat's him,
kata hatiku. Pemuda yang di panggil Man tu, menurunkan suratkabar di
tangannya. Orangnya tidaklah berapa handsome tetapi bolehlah tahan.
Rambutnya pula pendek ala abang polis. Inilah rupanya orang yang mak
nak jadikan calon suamiku
"Mana ada nombor 52, setahu aku di sini sampai nombor 30 aje",ujar
Ezman. Suara yang gagah, fikirku. Aku renung wajahnya lagi. Adakah
dia juga sedang terfikirkan calon isterinya sekarang ini?
"Tak ada rasanya nombor 52 ni dekat sinieh awak salah alamat tak?",
tanya lelaki "handsome" di depan pagar itu.
"Tak apalah bangsaya salah dengar agaknya..terima kasih ya bang",
jawabku.
Pantas pula aku masuk semula ke dalam kereta dan tersenyum memandang
Maria yang sudah duduk di sebelahku. Aku mula memandu.
"So Cik Juliana, mission accomplished. What's your next step?",
tanya Maria padaku.
Aku menjawab soalan Maria tu dengan sekuntum senyuman. Memang pasal
wajahnya aku tak berapa ambil berat, buat apalah wajah
yang "handsome" kalau hatinya tak tulus dalam bercinta. Seharian aku
memikirkan perihal calon mak ni. Kadang-kala ada betul juga cakap
mak. Bercinta sebelum berumah-tangga tidak semestinya membuatkan
seseorang itu betul-betul kenal dengan pasangannya. Kalau tidak,
tidak adalah kes cerai-berai. Macam aku dengan Shah dulu lah. Aku
ingat setelah hampir lima tahun aku berkawan dengannya, aku dah
masak dengan perangainya, tetapi ternyata aku salah. Akibatnya aku
sendiri yang terluka. Hari itu selepas solat Maghrib, aku melakukan
solat Istikharah.
Besok malamnya aku telefon mak.
"Mak Juliana niJu dah fikir pasal calon mak tubuatlah apa yang fikir
baik", putusku.
Kedengaran ketawa Mak di hujung talian. Setidak-tidaknya aku bisa
membuat mak gembira dan tersenyum panjang hari ini.
********
Semenjak aku kasi "greenlight" dekat mak untuk memberikan nombor
telefonku pada Ezman, hampir setiap hari mak telefon bertanyakan
samada Ezman ada telefon aku ke tidak. Bila jawabku belum, aku dapat
rasakan kekecewaaan dalam suara mak.
"Baru seminggu makDia pun perlu masa untuk berfikir, macam Ju
jugak..", aku cuba sedapkan hati mak. Tapi itu kata-kata yang keluar
dari mulutku sahaja. Dalam hati, Tuhan sahaja yang tahu.
Yang nyata, bukan mak seorang yang menunggu. Walau macam mana pun
aku nafikan, aku juga tertunggu-tunggu akan panggilan dari Ezman.
Aku nak tengok reaksinya bila cuba dijodohkan dengan orang yang
tidak dia kenali. Maklumlah zaman moden ni, jarang ada orang yang
mahu dijodohkan. Kerana itulah aku sengaja melarang mak memberikan
gambar aku pada Ezman. Sebab aku rasa kalau dia benar-benar serius
untuk mengenali aku, dia akan cuba cari jalan untuk melihat wajahku;
macam yang aku pernah buat pada dia dulu. Sebab itulah kot dia
teragak-agak untuk menelefonku. Mungkin dia sangka aku ni buruk
sangat, sebab itulah masih tidak ada orang yang nak dekat aku
walaupun umurku dah boleh di kategorikan sebagai bukan muda lagi.
Tapi macam mana kalau Ezman betul-betul ikhlas? Sudah bersediakah
aku menerima seorang lelaki dalam hidupku? Pengalamanku dengan Shah
ternyata masih berbalam dalam diari hidupku. Bukan aku berdendam.
Itu bukan sifat semulajadiku. Aku serik. Serik dikecewakan.
Irama lagu "Jangan Lafazkannya" nyanyian KRU bergema dari telefon
bimbitku menandakan ada panggilan. Aku mencapai telefon.
"Hello?", ujarku.
"Hello, Asalamualaikumis this Juliana?", tanya suara lelaki di
hujung talian. Ezman ke, detik hatiku.
"Mualaikumsalamyes..Julah ni Siapa tu?", aku bertanya dengan debaran
di hati.
"Hi Ju, saya Man, Khairul Ezman Saya rasa Ju dah tahu pasal saya",
dia memperkenalkan diri. Tepat sebagaimana sangkaanku.
"Ya saya dah diberitahu seminggu yang lalu", kataku dengan nada
loyar burukku.
"Sorilah bukan Man tak nak telefon, tapi sibuk. Banyak kerja",
jawabnya, mungkin resan dengan nada suaraku.
"Tak..tak I don't mean it that way.", aku pula yang serba-salah.
"Its Ok, I faham", ujarnya.
Itulah titik perkenalan aku dengan Ezman. Semenjak hari itu, ada
sahaja panggilan, sms atau email darinya. Sungguh tidak ku duga, aku
dan Ezman cepat mesra. Ezman memang pandai melayan kerenahku.
Orangnya cukup "dewasa" dalam pemikiran dan punya prinsip hidup yang
jitu. Maklumlah dia pun dah masuk umur tiga-puluhan. Mungkinkah
orang yang macam ini yang aku cari selama ini?
Malam ini kami dah janji nak keluar "dinner". Inilah "official date"
kami yang pertama selepas dua bulan berkenalan. Debaran di jantungku
hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku sendiri hairan dengan reaksiku
ini. Sudah lama rasanya aku tidak berperasaan begini. Aku gugup.
Berkali-kali aku memandang kelibatku di cermin.
"Hoi dahlah tu.pecah jugak nanti cerminku..", tegur Maria yang
tercegat di pintu kamarku yang memang terbuka.
"Eh..ok tak aku pakai baju ni?", tanyaku, membelek gaun panjang
berwarna hijau di badanku.
"Oklah tu", jawab Maria sambil menarik tanganku keluar dari kamar.
Kebetulan saat itu kedengaran suara memberi salam di luar pintu.
"Hah, tu dah sampai pun", ujar Maria.
Kami sama-sama bergerak menuju ke arah pintu. Perlahan tombol pintu
aku putar.Dalam kepalaku sudah terbayang wajah Ezman seperti mana
aku melihatnya dulu. Tetapi saat daun pintu terbuka, wajah lain yang
terpampang di depan aku dan Maria. Yang tercegat di depan pintuku
saat ini bukan Ezman tetapi "mamat handsome" di tepi pagar di rumah
Ezman tempohari.
"Hai", sapanya.
Mulutku terkunci. Aku dan Maria saling berpandangan. Tidak mungkin
kami salah pandang. Sandiwara apa yang hendak dilakunkan Ezman dan
kawannya ini?
"Ju...Juliana?", suara mamat handsome ini mengejutkan kami.
"Sori...yes, saya Juliana, and you must be.", ada getaran di
suaraku.
"KhairulEzman", sambungnya, lalu menghulur tangan.
Aku semakin serba-salah. Kalau pun Ezman memang tak sukakan aku
mengapa mesti mengaturkan rancangan seperti ini? Mengapa harus dia
menyuruh teman serumahnya menyamar seperti dirinya. Jatuh rasanya
harga diriku saat itu. Ku sangka Ezman adalah lelaki jujur yang ku
cari selama ini, tetapi ternyata tangapanku meleset sama-sekali.
Tapi, tidak mengapa. Aku bukan jenis wanita yang senang menyerah
kalah. Kalau inilah permainan yang ingin Ezman lakukan, akan aku
turut serta. Tapi jangan sangka aku boleh dikalahkan begitu sahaja.
Lalu dengan serta-merta, aku palitkan senyuman yang paling manis di
wajahku. Salaman "Ezman" palsu itu aku sambut.
"Sori this is my housemate, Maria..", kataku lalu mencubit perlahan
peha Maria yang sememangnya terpegun dengan reaksiku.
"Hello", tegur Ezman dan menghulurkan tangannya mahu bersalaman
dengan Maria.
"Oh hai..hai..", jawab Maria, gugup.
"Rasanya I macam pernah lihat you berdua nidi mana ya?", tanya
Ezman.
"No I don't think sokan Maria?", selindungku
"Ya..ya I don't think so jugak..", Maria menyokongku walaupun pada
hakikat yang sebenar, dia pun sama macam aku - terperanjat!
"You tunggu sekejap, I ambil bag dan jaket I ya", pintaku dan tanpa
menunggu jawapan darinya, aku mengheret Maria bersamaku masuk ke
kamar.
"Damn it!",serakahku bila kami berdua sudah berada di kamar.
"Dia....dia....dia..tubukan Ezmankan",kata Maria, masih gugup.
"Eeee geramnya akuDalam telefon cukup manis mulutKalau dah tak suka
cakap ajelah, tak payah nak berlakun macam ni semua", aku melepas
geram.
"Hetak kisahlahmamat tu pun hensem apa..", ketawa Maria, cuba
berjenaka.
"Tak apalah dia belum kenal siapa aku lagi.",kataku tanpa
memperdulikan jenaka Maria.
"Habis kau nak buat apa hah?", tanya Maria.
"Aku nak ikutkan sahaja rentaknya. Sampai masa nanti..tahulah apa
aku nak buat..", jawapku, lalu mencapai bag dan jaketku dan keluar
semula dengan dikuti oleh Maria.
Sebenarnya di saat dan ketika ini belum terlintas di benakku apa
rancangan aku seterusnya.
"Boleh kita pergi sekarang?", tanyaku pada "Ezman" dengan senyuman
yang di buat-buat.
"Ezman" mengangguk.
Kami menuju kearah kereta Hyundai Coupe berwarna biru laut. Dalam
kereta mindaku berpusing mencari akal untuk penyelesaian lakunan
yang direka oleh Ezman. Manakala "Ezman" di sebelahku ini tidak
menunjukkan sebarang reaksi negatif yang boleh membuka tembelang
lakunannya. Memang calon aktor terbaik.
"Tak sangka ya", kata "Ezman" sebaik sahaja pelayan restauran
berlalu dengan pesanan kami.
"Tak sangka apanya?", tanyaku, masih mengawal rasa kecewa dan
marahku.
"Ya lah wanita cantik macam Ju ni belum berpunya sampai sekarang?",
ujarnya.
"I pun hairan macam mana you yang hensem mengalahkan model ni pun
rela di aturkan pertemuan yang macam ni", lurus perkataan yang
keluar dari mulutku.
"Macam I pernah cakap dekat email tu, I pun pernah kecewa macam you.
Bayangkanlah disaat kami hampir ditunangkan, dia kata dia dah tak
ada hati dengan I?", ceritanya.
"Itulah manusiakan Makhluk Allah yang suka menyakitkan hati orang
lain", perliku.
"Tapi..I harap you tak akan buat begitu pada I?", kata-kata
yang "Ezman" ucapkan membuat aku terpegun. Perasan, kutukku dalam
hati. Dia yang nak menipu, dia cakap aku pulak macam tu. Apa dia
ingat, dia hensem aku boleh jatuh hati? Nantilah, tahulah apa aku
nak buat.
Selepas "date" malam tu, kami masih berhubungan seperti biasa. Dan
aku melayan dia seperti mana yang telah aku rancangkan. Biar dia
jatuh hati padaku dahulu. Dia juga yang akan terima padahnya nanti.
Yang hairannya, tak pernah dia menunjukkan tanda-tanda yang dia
sebenarnya menyamar. Perbualan dan emailnya seperti biasa. Ketika
kami bertemu, dia malah lebih mesra dengan aku. Tak ada rasa
bersalah ke dalam hatinya? Hah gasaklah, dia yang akan kecewa nanti
bukan aku.
Pada Maria sudah ku terangkan duduk perkara yang sebenar. Dia memang
kurang setuju dengan rancanganku. Kata Maria, walaupun siapa "Ezman"
palsu tu yang sebenarnya, dia memang menunjukkan ciri-ciri yang dia
memang sukakan aku. Tapi pada aku itu semua taktik untuk
mengecewakan aku di belakang hari. Mana mungkin aku menerima lelaki
yang sudah pandai berbohong dari mula lagi. Aku tak sanggup melalui
kegagalan untuk kali yang kedua.
Memang sebenarnya aku sukakan si "Ezman" ni. Dia pandai melayan
kerenahku. Wajahnya yang tak pernah lokek dengan senyuman itu boleh
terbawa dalam tidurku. Cara lawaknya, cara cakapnya, bisa mencairkan
jantung gadis mana sekali pun. Tapi aku sudah nekad. Walau apapun
terjadi aku harus buat Ezman "has a taste of his own medicine". Ini
semua rancangan dia, bukan aku. Dan ini perlu aku lakukan sebelum
aku sendiri benar-benar jatuh cinta dengan dia.
"Ooi kau tak siap lagi ke? Sekejap lagi pakwe kau datang jemput",
tanya Maria bila melihat aku masih berbaring di atas katil.
"Malaslah aku. Bosan aku dengan lakunan diaAku tak boleh nak terima
lagi dah", jawabku malas.
"Habis kau nak buat apa lagi? Tak kesian ke kau dengan mak kau di
kampung tu yang mengharap sangat agar kali ini.", kata-kata Maria
terputus di situ bila dia perasan aku merenungnya dengan tajam.
"Eh Maria, kau ingat aku tak kesian ke dekat mak aku? Kau ingat aku
tak nak kahwin? Macam mana aku nak kahwin dengan lelaki penipu macam
tu? Lagipun kau sendiri tahu yang dia bukan Ezman yang mak aku nak
jodohkan dengan aku. Kau sanggup tengok aku merana selepas kahwin.
Heh Maria, lelaki hensem macam tu, kau ingat tidak ada orang yang
tunggukau sendiri pun aku tengok kalau pandang dia tak berkelip
mata", celotehku.
"Yelah, yelahsuka hati kau lah. Aku tak nak masuk campur.", kata
Maria seperti merajuk.
"Sorilah kalau aku kecikkan hati kau", aku memegang tangan Maria.
Maria hanya tersenyum memandangku. Begitu aku dengan Maria, tidak
pernah ada sakit hati di antara kami berdua.
"Hah tu dah sampai tu", kata Maria sebaiknya kami terdengar ketukan
pintu dan salam dari luar.
"Kau bukakanlahnanti aku keluar. Aku belum "prepare" nak cakap apa
lagi ni..", pintaku.
"Well, Cik Juliana, all the best..", Maria mencuit hidungku dan
berlalu membuka pintu.
Dari dalam kamar, aku dengar Maria mempelawa "Ezman" untuk masuk.
Aku berdiri dengan dada yang penuh debaran.
"This is it..", kataku sendiri dan keluar ke halaman tamu. Tiada
kelibat Maria. Mungkin dia mengurungkan diri di kamarnya. "Ezman"
pula duduk dikerusi menghadap kamarku.
"Hi Ju tak siap lagi ke..kata nak keluar?", tanya "Ezman" sebaik
sahaja melihat aku yang masih memakai seluar "track"dan kemeja T
yang agak ronyok.
"Malas", jawabku pendek dan lalu duduk di kerusi yang menghadap
pintu utama.
"Kenapa ni? Macam merajuk aje bunyinya? I ada buat salah ke dengan
you?", tanyanya lagi, tentu hairan dengan jawapanku.
"Sudahlah Ezman, or whatever your name maybeI dah tahu dah tembelang
you..", ujarku acuh tak acuh.
"Tembelang? Tembelang apa?", berkerut dahinya tanda hairan yang amat
sangat.
"You ingat I tak tahu yang you bukan Ezman yang sebenarnya.dan you
cuma housematenya?", herdikku.
"Apa ni Ju. I tak faham"
"Jangan buat-buat tak faham. Masa you mula-mula jumpa I dan Maria,
you kata you pernah jumpa kita orang. Memang betul. I pergi rumah
you bila saje I dapat alamat you dari mak I. I pura-pura cari rumah
kawan I, yang alamatnya I reka sendiri. You ingat tak, 52, Jalan
Mengkudu?", aku renung wajahnya. Dan aku lihat dia cuba mengingati
apa yang telah aku cakapkan.
"Dan bila you tak tahu, you tanya mamat yang tengah cuci kereta
kancil tu. Dan bila mamat tu pun tak tahu, dia suruh you tanya
Ezman. Dan ternyata Ezman tu mamat yang tengah duduk baca
suratkabar, dan bukan you!", tambahku lagi.
"Oh jadi itulah you dan Maria", katanya. Sebentar kemudian dia
ketawa. Ketawanya itu lebih menyakitkan hatiku yang sememangnya
sudah bengkak.
"It's not funny you know", herdikku lagi, lalu berdiri dari dudukku.
"OK....Ok. Let's be serious", katanya dalam ketawa yang masih
bersisa.
"Please duduk dulu, let me explain please.." pujuknya. Aku mengalah.
"Cik Juliana, awak ni dah salah faham sebenarnya?", dia memulakan
kata.
"Mana mungkin I salah sangkaI sendiri yang dengar. Maria pun", aku
berkeras. Masakan dia masih mahu menafikan perkara yang sudah
terang.
"Dengar dulu sayang", katanya. Tersentak aku dengan panggilan itu.
Inilah pertama kali dia mengucapkan perkataan itu. Ini tentu nak
ambil hati aku.
"Mamat yang ada kereta kancil tu, namanya Harun. Seorang komputer
programmer dekat jabatan kemasyarakatan. Yang tengah baca surat
kabar tu, namanya Norisman, seorang pengawai tentera, dan kami
panggil dia Isman. Dan yang di depan you sekarang ini Khairul Ezman,
seorang inspektor polis, dan kawan-kawan panggil Khai atau Khairul,
bukan Ezman. Yang panggil Ezman cuma family I dan teman-teman
sekampung I", terangnya sambil merenung wajahku. Terperanjat aku
dengan penerangannya. Hampir pengsan rasanya aku menahan perasaan
malu. Namun ku gagahi juga dengan muka yang merah padam.
"I tak percayamungkin ini semua helah you", aku masih berkeras.
"O Kni kira nak buktilah ni?", katanya seakan memperli.
Dia mengeluarkan dompet dari saku seluarnya. Lalu di keluarkan
segala macam kad yang tertera nama dan gambarnya, termasuk kad waran
polisnya.
Aku yang masih cuba menutup malu, membelek satu persatu kad-kad itu.
"Puas hati Cik Juliana?", katanya lembut, masih merenung wajahku.
Aku serba-salah, tidak mungkin dapat aku balas tenungannya. Ya
Allah, malunya aku.
"I'm sorry Ok, I salah sangka rupanyaI ingat you nak..", kata-kataku
terputus di situ.
Dalam keadaan yang macam ini, aku kehilangan akal dan inspirasi
untuk meneruskan kata-kata.
"You ingat I nak mempermainkan you kan?", tanya Ezman.
Aku hanya mampu mengangguk. Kesal dengan tindakan terburuku. Aku
telah menghancurkan peluangku sendiri untuk menjalinkan hubungan
dengan seorang lelaki yang ternyata ikhlas untuk bersahabat
denganku.
"Well, Cik Juliana. Bukan you sorang saje yang pandai jadi detektif.
You sendiri tahu jenis kerja I. You pernah tertanya kenape I ambil
masa seminggu sebelum menelefon you buat kali pertama. I sebenarnya
menyelidiki siapa you. Sebelum I telefon you dulu, I sebenarnya dah
tahu latar belakang you. Kat mana you tinggal, kat mana you kerja.
Siapa kawan-kawan you. Sebab macam you I pun takut dikecewakan
lagi.", ujarnya, menambahkan lagi rasa serba-salah ku.
"Sori Ezman, I, I benar-benar minta maaf. I rasa perasaan serik tu
masih kuat dalam diri I. Tapi itu bukan alasan yang kuat untuk I
menegakkan benang yang basah", aku berlembut juga. Wajahku ku
tundukkan. Tidak sanggup merenung wajahnya.
Tiba-tiba tanganku di pegang Ezman. Tersentak aku dibuatnya.
"Ju biarlah I berterus-terang. I sebenarnya suka dekat you. Setelah
seminggu mengekori you secara diam-diam, I rasa I dah jatuh hati
dengan you. Sebab itulah I ambil keputusan untuk mengenali you
dengan lebih dekat lagi. Ternyata you memang gadis yang I cari
selama ini. I minta pada you sekarang ini, tolonglah jangan hampakan
harapan I", rayunya.
Mataku tiba-tiba terasa panas, titik-titik jernih mula menitis.
Terharu aku dengan permintaannya.
"Mampukah I membahagiakan you Ezman", soalku, bukan sahaja pada
Ezman tetapi pada diriku sendiri.
"I yakin", kata Ezman lalu mengucup tanganku.
"Kalau you yakin, I akan cuba. Itu janji I", kataku dalam esakan
tangis.
Rupanya calon mak memang menepati ciri-ciri lelaki idamanku. Betapa
aku sedar kasih sayang mak buat aku adalah untuk selamanya. Inilah
hadiah di atas kasih sayang itu. Dan sebagaimana kasihnya mak
terhadap ayahku, aku juga akan mengasihi Ezman sepenuh hati ini.
Semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga. Amin.
Labels: calon suamiku pilihan ibunda