Tuesday, September 20, 2011

Saturday, July 30, 2011

ramadhan itu...


Ku tunggu hadirnya Ramadhan itu...


hari, minggu, dan bulan, semuanya BERLALU

Ramadhan makin DEKAT pun kita xsedar

Bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan RAHMAT

Doa orang-orang yang beriman BERGEMA seluruh dunia……


Syukur sebab masih diberi nikmat SIHAT dan kuat

Hidup hari2 makin mempunyai entri dan isi

Sebagai petunjuk erti kehidupan yang hakiki…...


kini ku sedari

persiapan menghadap illahi harus semakin giat

ilmu keimanan, ilmu kemasyarakatan, ilmu faraid dan sebagainya…


Ramadhan kau hadir lagi….

membawa seribu satu keinsafan dalam diri ini….

perginya rakan seperjuangan kerana sudah ada haluan masing-masing..

kini ku berjuang seorang diri….

cabaran menghadapi dunia globalisasi…

cukup berat untuk aku hadapi..biarpun syaitan sudah dikunci di bulan ramadhan nanti.. mungkin puasa makan dan minum boleh ku gagahi

tetapi puasa mata , tangan , mulut dan juga anggota tubuh yang lain??

adakah ini ramadhan terakhir ku??

Thursday, June 16, 2011

ANONYMOUS HACKERS


sape xtau cter pasal Anonymous Hacker dua hari ni kan?
aper da xde keje ker bdk2 nii nak hack laman web kerajaan
40 LEBEY LAMAN WEB KERAJAAN TERGUGAT SEBAB KORUNK!

berjuta-juta data yang akan corrupt... korunk pernah pk??
kerajaan bukan saja2 sekat file sharing turr!!
mesti laa ade kaitan dengan JENAYAH
jadi, kene BANTERAS JENAYAH
korunk xnak idup AMAN ke kat dunia ni??

apesal la korunk ni LEMBBB sgt
belajar tinggi2
siap pandai godam2 lg
korunk terlalu byk sgt makan coklat 'HACKs' niii
tu yang duk hackkkkk jer keje... hadoiiii

duduk diam2 pk balik
kalu tak kerana kerajaan, korunk xsekolah tau x
yg korunk tahu, nk buat keje haram
jd kaya sekelip mata...
haaa kan cik kiah dh jd ustazah xpasal2

kalu aku jumpa ngan korunk, aku tarikkk bulu ketiakk korunk
bg korunk insafff seket...
ishhhh..

KATAKAN 'X' PADA 'HACKERS'

luar biasa...


tahun ni tahun 2011

macam2 suka duka kehidupan
tapi ada 1 perkara yang amat luar biasa
mungkin kamu semua tidak terlintas jua di hati

tarikh unik di sepanjang 2011

* 1.1.11
* 11.1.11
* 1.11.11
* 11.11.11

cer kire cer kire bettorrr...

amek 2 digit terakhir tahun lahir + umur kamu sekarang...

= 111? bukan... Subhanallah...

aku 1986.. tahun ni aku dah 25

25+ 86 = 111...

Tahun ni penuh makna rupanya, aku tidak perasan... kan semua no 1...

lelaki semua sama

kalau lelaki tur LELAKI jugak...
sume sama laa
mmg xkan boley dipercayai
dilayan spt permaisuri sekalipun
hanya di depan kita, belakang???

u............. kenapa u..... u always have me ;)
(** geramm x??!)

hehe... good... tell me ok darling ;)
thanx laling
(** mahunyer cepukk.. tumbukkk!!)

welll... ENOUGH IS ENOUGH
nomore.. ALONE lg baekk kowttt

aku dah malas nak BERCHENTA.....!


Monday, June 13, 2011

harus KUAT


aku pasrah andai hari ini berakhir WAKTU itu
biar dicaci biar dimaki biar diperli

aku REDHA dengan segala yang akan berlaku


tangisan itu bukan tangisan kehancuran tapi...
tangisan tuk melepaskan dia demi sebuah KEBAHAGIAAN
tangisan bermulanya KISAH BARU aku
aku tidak keseorangan
aku masih ada DIA KEKAL di situ

moga KAU ikhlas menerimaku sebagai TETAMUMU

kerana aku tercari-cari di mana airmata KETENANGAN itu...


Berikan hambaMU PETUNJUK..
Amin...

tersemat...

3 lwn 1 ??? motif.....?perlu ke mwujudkan persengketaan dgn sgala kata PROVOKASI yang menjadi makanan harian??? sungguh tak berakal...mungkin ade akal tak tak digunakan sebaiknya....mahu kesilapan dulu berulang lagi kah??? bukan satu ungkitan tp peringatan untuk DIRI JADI LEBIH BIJAK DALAM BERFIKIR DAN MEMBERI HUJAH YANG MATANG...bukan alasan keanak2kan yang tak masuk akal..


biar kekal di sini... 13 june 2011

Wednesday, May 4, 2011

bila HATI berkata


"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang

dan tidak dipandang oleh lelaki."


Aku tak nak la dipandang cantek oleh laki-laki. Biarla org nk kata aku tak cantek pun sbb aku hanya nk cantek di mata Yang SATU. Apa guna aku menjadi perhatian lelaki kalu murka Allah ada di situ? Tapi kan,, bila lelaki buat FEEEWEEETT kat aku, tetibe merenyam..haishh pompuann.. ckp tak supa bikin toll lerr..

Aku tak rasa bangga pun kalu aku jadi rebutan lelaki (dalam hati: gedik semacam jer) bahkan aku rasa terhina diperlakukan begitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati (dalam hati: suke nyerr dpt byk adiah, cissss).

Aku juga tak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan. Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi? (dalam hati: padan muker kau! Jantan murahla, jantan bedebah la, jantan pondan la.. emosi tull awwwokk).

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik? (dalam hati: kalu gitu, sume pompuan jahat buleh lelaki jahat je lah..ishh benor kerr nihh..? ke pelawok)

Tidak kunafikan sebagai wanita, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu (dalam hati: buleh ker nk control2? Kalu dah ade cik setan sebelah, say goodbye je ler.. sempanggggg) .

Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen (dalam hati: ade ker lelaki yg bek2 nk kt aku? Aku xde ler cantek, cun tur ader ler.. aku xde ler baek sgt, baek yang suam2 suku tur bleh la).

Kerana diriku tidak sempurna, beginilah bermulanya kesah aku…

Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa. Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.

Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku. Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.

Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu. Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi. Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.

Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.

Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.

Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, diakrabi oleh lelaki yang bukan muhrimnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah. Di hadapan Allah. Di hadapan Allah.

(Dalam HATI: Inilah yang AKU CARI…tapi, belum lagi aku TEMUI..)


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.
Yang diimpi, biarlah tak punya rupa,

asal sedap dipandang mata.
Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.
Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang,

kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.
Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.
Dan yang akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati,

insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..


p/s sebelum aku PERGI:


Wahai wanita, ku ingatkan diriku dan dirimu, peliharalah diri dan jagalah kesucian.. semoga redha Allah akan sentiasa mengiringi dan memberkati perjalanan hidup ini. Moga segala yang PAHIT pernah aku rasa itu akan memberi peluang untuk aku temui CINTA SEJATI…Aminnn



;;