Thursday, April 22, 2010

selamat hari lahir bonda...



Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan:

Dulu Ibu kata: “Kalau kamu sudah habis belajar dan
berkerja… bolehkah kamu kirim wang untuk Ibu? Ibu
bukan nak banyak… lima puluh ringgit sebulan pun
cukuplah”

**Jejari azhad



ni la ibu kesayanganku... mcm kembar x? versi young n old kikiki

salam buat bunda...

Allah selamatkan bunda

Allah peliharakanlah bunda

Allah rahmatkanlah bunda

selamat hari lahir bunda...

oke bley tiup lilin,, nti adik suap bunda kek ea

biarpun jauh di mata tapi pg2 buta lagi ciknenas masih tidak lupa untuk ucapkan selamat hari lahir buat seorg ibu yg amat ciknenas kasihi

terima kasih dan sejuta penghargaan diberikan buat HAJAH ZAHARAH MOHD kerana dirimu umpama nyawa buat anakandamu

Setelah hampir 24 tahun anakmu mengembara mencari apa itu erti menjadi MANUSIA,, Sekarang, anakmu berjaya menggenggam ijazah tuk bonda dan ayahanda.. Inilah yg bunda mahukan bukan?! Anakanda sgt gembira dapat membahagiakan bunda...

Bersyukur kerana ankanda masih ada DOA seorg IBU yg amat memberi makna, berkat dan rahmat dalam kehidupan anakanda. Ampunkan segala dosa anakanda dan anakanda sentiasa berdoa agar Allah lindungi bunda dan pelihara iman spy bunda dikasihiNYA sentiasa.. Amin...




Tunas itu mula bercambah,
Sekian lama tertanam di pelosok gentian,
Menjalar robek sinar mentar,
Walau halangan datang menerpa.

Tunas itu mula berkembang,
Kembangnya sekuntum mawar,
Bagai si puteri bangkit beradu,
Walau saingan menyerang tiba.

Si mawar mula mewangi,
Semerbak harum menusuk kalbu,
Ayuan merah kelopak menawan,
Lambaian hijau daunan menenang.

Lembut tubuh bersalut duri,
Membangkit cemburu iri sang flora,
Menzahir gerun takut sang fauna,
Hanya si kumbang gagah tiada gentar.

Ibu dikaulah mawar itu,
Yang kupujai tiap waktu,
Yang kurindui wajahmu,
Yang kukagumi ketabahanmu.


2 comments:

nabilah_2908 said...

happy birthday 2 ur mom.. ;)

slm kenal dari nabilah.. (^_^)

AKU, DIA & KAMU! said...

hii nabilah.. tq ea..

slm perkenalan dri ciknenas juge
nnti sy follow,, nnti de ms follow sy k,,=)

Post a Comment

siler ler rerajin komeng-komeng