Monday, June 28, 2010

apa itu CINTA??



hiii dear...


korang pe kbar? sihat sume myreaders? arap2 korg sihat lah...

ciknenas da lame xbuat entry... tp kali ni ciknenas ade 1 benda yg korg sume pun ade idea

dan pandangan msg2... cube teka entry pe?


hehehe CINTA vs SAYANG... hahh? pe? story lapuk?

ehhh xkan lapuk dek zmn sbb prkr ni lah yg korg tetap suker, betul x?

ok lah jum kite sm2 bg pendapat pe sbnarnya di sebalik word


SUKA, SAYANG & CINTA...


Bagi ciknenas:


SUKA: keinginan

SAYANG: Amek berat (perasaan)

CINTA: Perbuatan (nafsu)


Per?? xfhm? hehehe kali ni ciknenas nk jd dr cinta plak

oke ciknenas pun x gheti nak ngajor tp ciknenas akan bg contoh situasi k

Jum layannn ciknenas... katakanlah x = laki2, y = pompuan





* bile x SUKA y, means x terasa nk memiliki y utk keegoaan dia sndri, kunun2 aku de gak, kunun2 aku leh kapel2 gak

* bile x SAYANG y, means x teringin sgt nk bahagiakan si y dan bukan tuk dri dia sndri

* bile x CINTA y, means x akan lakukan pe sje utk kebahagiaan y wlaupun terpaksa korbankan jiwa dan nyawa dia.. (kunun2 la berkorban katakan)


* bile x SUKA y, bile berada di cc, mesti x ckp cmni kt y "bleh x aku nk pgang tgn cket?"

* bile x SAYANG y, bile berada di cc, x ckp cmni "bleh x aku nk peluk?"

* bile x CINTA y, bile berada di cc, maka ting tong cak! "terus aje x genggam erat tgn dan peluk kuat2 si y" (xsempat dh nk tye2...)


* SUKA ni kan, bile y nangis, x akan ckp "dhla tur, jgn nangis k"

* SAYANG plak, bile y nangis, x akan turut menangis... (yg xkeluar air mata tur myb nangis dlm hati oke, sape tau!)

* CINTA? bile y nangis, x akan peluk dan biarkan y nangis kat dada x n bisik "nnti kita setel sm2 oke" (amek kesempatan taw nk peluk2, haishhh!)


* kalu org yg kita SUKA sakiti hati kita, msti kita akan marah kan... mcm mlas dh nk layan dier,, tol x?)

* kalu org yg kita SAYANG sakiti hati kita, msti kita akan rs sebak smcm, sedih gler laa bak kata bdk2 remaja.. (sedar2 tgok tisu dh 10 kotak habes, basah tilam tu haa ishhhhh3!)

* kalu org yg kita CINTA plak yg sakiti hati kita, msti kita nk sedapkan hati kita walaupun kita sedih n kita myb akan ckp "xpe lah, dia myb xtahu pe yg dia dh bt pd aku.." (cinta punye psal!)


* manusia ni bile dh SUKA, msti ade aje nk paksa kita SUKA kat dia (suke suki je kan)

* manusia ni kan bile dh SAYANG, msti ade je yg membiarkan kita membuat pilihan

* manusia ni mmg pelik, bile dh CINTA, msti dia akan tgu dan setia tgu dgn setulus hati (kesian gak seposen sbb xsedar2 yg ditunggu dh ada org len, last2 meroyan sndri, adus!)





to all myreaders,,,


# SUKA - bila dia rasa ada kepentingan atau keuntungan jer dia akan temankan kita (bwk g soping pastu tgok2 dh kene paw byk2)

# SAYANG - bila kita perlukan dia kalu kita ade mslh, msti dia ada, setia teman kita

# CINTA - dia akan temankan kita walaupun b/mn cara, ape keadaan sekalipun


Pendek kata kan,


~ SUKA akan ada elemen tuntutan sbb hnya tuk puaskan perasaan (aku la ada makwe!)

~ SAYANG akan ada elemen memberi dan menerima tuk bina persefahaman dan kebahagiaan

~ CINTA akan ada yg memberi dengan RELA... (cinta itu NAFSU!)





haaaa.. korg sume msti ader pndapat korg sndri kan...

ciknenas ada juge bertanyakan kpd kengkwn ciknenas, mak datin kusut ngan mr producer


bg mrka,

SAYANG lebih penting dari CINTA


"cinta takkan lasting, tp syg akan selamanya"

sayang akan lebih bermakna sbb akan terus melekat kat dlm hati

kunun2 la kita ade bencikan seseorg tp kalu syg msh ada, kita akan terus bersama

tp jgnlah terus bertahan kalu dri sendiri diperkecilkan, maruah harus dijaga


cinta plak? adussss... bhy! sbb kalu kita hnya ada cinta habes lah sgl2nya





kata "mummy"...

sayang lebih penting tp sesuatu perhubungan perlu ada cinta

dan sayang


tp sayang harus diletakkan di depan sbb cinta yg akan bersandar pd sayang

tp kalu cinta yg diletakkan di depan, maka sayang akan tergugat sbb cinta bleh

memusnahkan sgl2nya...

akan menjadi 1 kebencian jika tersilap langkah...


jadi,

belajarlah dulu kenal erti SAYANG

BIARKAN AKAL DI ATAS NAFSU - "mr producer"


Bina lah SAYANG dan CINTA dgn satu perasaan suci dan ikhlas... pasti BAHAGIA!



Wednesday, June 23, 2010

siapa lg harus dipercayai??

Perjalanan semakin jauh bila direntas,

Peribadi semakin matang bila menyelusuri

Perjalanan yang jauh itu…

Prestasi semakin kukuh bila Peribadi kian menyerlah dek kematangan itu…

Kematangan itu datangnya dari hati yang ikhlas dan dari nilai kepercayaan terhadap alam sekeliling…

Namun, seandainya berkecai segala kepercayaan yang telah ditabur, maka hilanglah DIRINYA…




Memetik kata2 cik matahari & gurlz behind da lens (credit to them)



‘Percaya’ adalah senjata yang paling berharga yang dimiliki manusia. ‘Percaya’ sentiasa berkait kepada hal-hal yang tidak nampak oleh mata kasar. Ia bersifat ghaib.

Apa yang akan terjadi adalah suatu yang ghaib yang tidak diketahui manusia.


Manusia yang dibekali segala ciri-ciri kemanusiaan sentiasa dihantui rasa takut untuk berhadapan dengan ghaib itu.


people do lying to others with a reason......so, think in deep what is the REASON dat led them to make a 'white sin' at u......... =)


Jangan Kecil Hati.... Betapa susahnya memuaskan hati setiap manusia....Segala kritikan perlu diambil kira untuk membuka ruang perubahan namun bukan semua harus diambil membabi buta… kadang-kadang terdetik juga yg tiada siapa pun menghargai usaha dan penat lelah kita, tapi percayalah, orang lain juga takkan mampu untuk memuaskan hati kita dengan terima kasih dan penghargaan mereka..kerana mereka dan kita adalah sama…..


Tuesday, June 22, 2010

DOA - STROK

Strok/Angin Ahmar

Apa itu Strok/Angin Ahmar?

Keadaan berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen.

Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati

lalu fungsi otak akan hilang.

Simptom/gejala - pengsan, tidak sedarkan

diri dan/atau lemah sebahagian anggota dan boleh

mengakibatkan kecacatan


Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar?

Faktor risiko penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar:

Umur - peningkatan umur anda

Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.

Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat

ahli keluarga yang

menghidap Strok/Angin Ahmar

Faktor risiko untuk anda mendapat Strok/Angin Ahmar:

Tekanan Darah Tinggi (sila rujuk penyakit HYPERTENSION)

Kencing manis (sila rujuk DIABETES MELLITUS)

Paras kolesterol tinggi (sila rujuk HYPERCHOLESTRONEMIA)

Merokok

Berat badan yang berlebihan

Cara hidup tidak aktif (sedentari)

Tekanan/stress

Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak

Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan


Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?

Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan

Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba

Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba

Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu

Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata

Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau

koordinasi secara tiba-tiba

Sukar menelan


Apakah jenis-jenis Strok/Angin Ahmar?

Terdapat 2 jenis Strok/Angin Ahmar utama:

Thrombotic/ischaemic stroke

o Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.

Haemorrhagic stroke

o Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah


Apakah rawatan untuk Strok/Angin Ahmar?

Seseorang yang disahkan mendapat Strok/Angin Ahmar perlu :

Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang

telah rosak

Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu

Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan

Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi

secepat mungkin seperti senaman

menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan

penyesuaian kepada aktiviti harian

Nasihat amalan pemakanan sihat


Bolehkah saya mengelak dari serangan Stroke/Angin Ahmar?

Faktor risiko yang menyumbang Strok/Angin Ahmar boleh dikurangkan seperti :

Kawal tekanan darah

Kawal tahap Kolesterol

Kawal penyakit Diabetes

Amalkan cara pemakanan sihat

Berhenti merokok

Kerap bersenam

Menangani tekanan mental

Kurangkan pengambilan minuman keras

Kumpulan Sokongan Pesakit Strok/Angin Ahmar

Nasam - National Stroke Association of Malaysia

;;