Strok/Angin Ahmar
Apa itu Strok/Angin Ahmar?
Keadaan berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen.
Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati
lalu fungsi otak akan hilang.
Simptom/gejala - pengsan, tidak sedarkan
diri dan/atau lemah sebahagian anggota dan boleh
mengakibatkan kecacatan
Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar?
Faktor risiko penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar:
• Umur - peningkatan umur anda
• Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
• Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat
ahli keluarga yang
menghidap Strok/Angin Ahmar
Faktor risiko untuk anda mendapat Strok/Angin Ahmar:
• Tekanan Darah Tinggi (sila rujuk penyakit HYPERTENSION)
• Kencing manis (sila rujuk DIABETES MELLITUS)
• Paras kolesterol tinggi (sila rujuk HYPERCHOLESTRONEMIA)
• Merokok
• Berat badan yang berlebihan
• Cara hidup tidak aktif (sedentari)
• Tekanan/stress
• Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
• Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan
Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?
Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:
• Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
• Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
• Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
• Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
• Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
• Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau
koordinasi secara tiba-tiba
• Sukar menelan
Apakah jenis-jenis Strok/Angin Ahmar?
Terdapat 2 jenis Strok/Angin Ahmar utama:
• Thrombotic/ischaemic stroke
o Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.
• Haemorrhagic stroke
o Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah
Apakah rawatan untuk Strok/Angin Ahmar?
Seseorang yang disahkan mendapat Strok/Angin Ahmar perlu :
• Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang
telah rosak
• Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
• Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
• Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi
secepat mungkin seperti senaman
menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan
penyesuaian kepada aktiviti harian
• Nasihat amalan pemakanan sihat
Bolehkah saya mengelak dari serangan Stroke/Angin Ahmar?
Faktor risiko yang menyumbang Strok/Angin Ahmar boleh dikurangkan seperti :
• Kawal tekanan darah
• Kawal tahap Kolesterol
• Kawal penyakit Diabetes
• Amalkan cara pemakanan sihat
• Berhenti merokok
• Kerap bersenam
• Menangani tekanan mental
• Kurangkan pengambilan minuman keras
Kumpulan Sokongan Pesakit Strok/Angin Ahmar
• Nasam - National Stroke Association of Malaysia
Labels: Ringankanlah KESAKITAN
0 comments:
Post a Comment
siler ler rerajin komeng-komeng