Friday, June 18, 2010

Hidup sebelum Mati



Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung
Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa kerenda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan
Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman





Bukan senang kita nk sempurnakan hidup kita

Bukan senang kita nak lalui dugaan, onak dan duri dlm realiti kehidupan

Hidup sehari2 bukanlah suatu fantasi spt movie Alice In Wonderland

Kehidupan adalah suatu anugerah yg perlu kita tempuh sebaik2nya


Aku bukanlah manusia yg BAIK utk dipuji dan diagung2kan

Aku jua bukanlah insan yg TERLALU JAHAT utk dihina dan diperkecilkan

Aku makhluk Allah yg sukar difahami dan amatlah perahsia orangnya

Aku sendiri tidak mampu utk melayangkan kad merah dlm hidupku

Tanda aku gagal menyempurnakan amanah DIA

tuk menjadi manusia berguna


Walaupun aku begini tp aku masih mempunyai perasaan

Aku terkenangkan arwah seseorang yg banyak mengajarku tentang hidup

Arwah mengidap penyakit barah usus, arwah amat memahamiku

kerana kami SAMA

Arwah sangat lembut orangnya… Hidup tanpa kasih sayang ibu bapa

Dirinya hidup sebatang kara semenjak Allah memanggil

ibu dan ayahnya ke Rahmatullah tika dia masih kecil


Aku bertuah mengenalinya, kami sama2 mencari kekuatan dan

belajar menjadi tabah

Akhirnya dia meninggalkan aku keseorangan

Mungkin aku jua akan turut menemaninya, SIAPA TAHU?!!

Andainya kakak pandai, kakak akan kaji “KELADI TIKUS” tu dik…

Allah lebih sayangkanmu… Moga dirimu tenang di sana Amin…

Kepada readers di luar sana, andai sesiapa yg menghidap penyakit BARAH,,,

Kamu perlu kuat perlu tabah menghadapi segala kesakitan itu!!!

Salam Kasih….




Kepada pengidap BARAH semua,,

Korang bleh link pembacaan korang pd link kat bawah ni k,, juz for INFO…

http://www.penawarkanser.net/

http://www.bebaskanser.blogspot.com/

1 comments:

NURILMA DALILA said...

bagus info mcm ni. info tentang stroke tak der ke?

Post a Comment

siler ler rerajin komeng-komeng